Dalam siri lawatan Mokhtar ke sekolah-sekolah,
di dapati bahawa ramai pelajar-pelajar lepasan PMR dan UPSR tidak lagi
belajar secara serius sebaik selesai menduduki peperiksaan mereka. Malah
kebanyakan sekolah-sekolah juga tidak lagi menjalankan kelas-kelas seperti
biasa untuk mereka. Waktu mereka diisi dengan program-program riadah,
ceramah, menonton dokumentari dsb. Malah kebanyakan daripada pelajar tidak
lagi hadir ke sekolah.
Oleh itu dicadangkan kepada ibu bapa yang prihatin, daripada membiarkan
anak-anak membuang masa mereka begitu sahaja, lebih baik masa mereka diisi
dengan dihantar menjalani kem / bengkel Mokhdar. Ini adalah waktu yang
terbaik bagi mereka mengikuti program ini, memandangkan situasai mereka
yang tidak lagi terhambat untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan,
oleh itu dapatlah mereka memberi tumpuan sepenuh masa di sepanjang waktu
mengikuti program. Lebih-lebih lagi program ini dijalani secara relaks
dan bersahaja, tidak membebankan minda mereka seperti terbebannya minda
mereka ketika mengikuti kelas-kelas yang difokuskan untuk menduduki peperiksaan.
Setelah menyertai program ini, bagi pelajar yang akan memasuki tingkatan
4, mereka akan jadi jauh lebih bersedia untuk mengikuti pengajian di tahap
tersebut. Kecekapan 'luar-biasa' mereka dalam menguruskan angka dan simbol
yang akan diperoleh menerusi bengkel ini akan menjadikan subjek-subjek
kimia, matematik tambahan / matematik, biologi, fizik, sains moden, geografi,
sejarah, pengetahuan agama Islam, pengetahuan am dll sebagai subjek-subjek
yang jauh lebih mudah ditangani daripada sebelumnya, tak kira sama ada
mereka terdiri daripada pelajar pintar, kurang pintar atau tidak pintar
(lebih pintar dan rajin seseorang itu, lebih tinggilah lonjakan prestasi
yang akan dimiliki olehnya).
Begitu juga pelajar lepasan UPSR yang akan memasuki sekolah menengah.
Kemahiran yang akan mereka miliki menerusi bengkel ini akan menjadikan
mereka sebagai pelajar-pelajar yang jauh lebih advance daripada apa yang
sebelumnya disasarkan untuk mereka. Jika ibu bapa inginkan agar mereka
dapat mengira pantas sehingga dua digit didarab dua digit, sertakan mereka
selama dua minggu ke dalam program ini. InsyaAllah, majoriti mereka akan
dapat menguasai kemahiran tersebut. Di samping kemahiran mengira cepat
tersebut, peserta juga akan memiliki saiz memori yang amat besar yang
menjangkau antara 100 ke 200 kali lebih baik daripada orang-orang lain.
KHAS untuk lepasan-lepasan UPSR dan PMR yang mengikuti program pada hari-hari
persekolahan di pusat kami, mereka diberi potongan 20% daripada kos menyertai
bengkel dan 10% daripada kos penginapan di dormitori. TAWARAN ini terbuka
bagi program-program yang dijalankan pada hari persekolahan yang tarikhnya
ditetapkan seperti berikut (Pilih mana-mana daripada sesi berikut):
Sesi 1 : 18hb Okt - 25hb Okt 2009
Sesi 2 : 25hb Okt - 1hb Nov 2009
Sesi 3 : 1hb Nov - 8hb Nov 2009
Sesi 4 : 8hb Nov - 15hb Nov 2009
Sesi 5 : 15hb Nov - 22hb Nov 2009
Jadual umum program adalah seperti berikut :
Jadual umum bengkel:
(Untuk tarikh-tarikh tersebut di atas)
Lapor diri adalah di antara 2.30 p.m. ke 3.00 p.m. hari pertama.Ibu bapa
dan hadirin lain diminta mengikuti majlis taklimat dan demonstrasi mengenai
kaedah Mokhdar dan penjalanan bengkel serta hal-hal berkaitan. Pada hari
terakhir, ibu bapa dan keluarga diminta hadir dari 9.30 a.m. ke 12.00
p.m. untuk majlis penutup yang akan diisi dengan program demonstrasi kemahiran
peserta, pertandingan memilih peserta-peserta terbaik dan penyampaian
sijil. Jamuan untuk semua yang hadir ialah pada 12.00 tengah hari dan
check out sebelum 1.30 p.m.
Jadual hari pertama:
2.30 p.m. ke 3.00 p.m.: Lapor diri
3.00 p.m. ke 5.00 p.m.: Taklimat umum, demonstrasi penggunaan kaedah Mokhdar
dan taklimat mengenai penjalanan bengkel dan hal-hal berkaitan. Ibu bapa
dan keluarga diminta mengikuti taklimat ini.
5.00 p.m.: Urusan check-in ke asrama di lobi, solat Asar dan rehat. Ibu
bapa meninggalkan peserta untuk menjalani program.
7.00 p.m.: Persiapan untuk solat Maghrib, berjemaah.
7.45 p.m.: Sesi berkenalan di antara fasilitator dan peserta serta sesama
peserta.
8.30 p.m.: Solat Isya (berjemaah) bila masuk waktu.
9.00 p.m.: Jamuan makan malam.
9.30 p.m.: Santai Mokhdar.
11.00 p.m.: Lampu dipadam.
Jadual hari akhir :
5.45 a.m.: Lampu dipasang. Peserta bersiap untuk solat Subuh berjemaah.
6.30 a.m.: Kuliah Subuh (15 minit).
7.30 a.m.: Sarapan.
8.30 a.m.: Rehearsal untuk persembahan untuk ibu bapa dan hadirin lain.
9.30 a.m.: Ibu bapa, ahli keluarga dan jemputan lain memasuki dewan.
10.00 a.m.: Majlis penutup, demonstrasi kemahiran peserta dan penyampaian
sijil kepada semua peserta dan hadiah kepada peserta-peserta terbaik.
12.00 p.m.: Jamuan untuk semua peserta.
12.30 p.m.: Urusan check-out.
1.30 p.m.: Waktu akhir check-out.
Jadual umum untuk hari-hari lain : Peserta yang menginap bersarapan pada
7.30 pagi (peserta yang tidak menginap tidak disediakan sarapan). Bengkel
/ kelas Mokhdar dimulakan dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Pada waktu
malam, masa diisi dengan program 'santai Mokhdar' - sesi bengkel tidak
formal di mana antara aktiviti peserta ialah menggunakan bahan-bahan daripada
kaedah Mokhdar untuk dijadikan bahan persembahan dalam majlis penutup
dan demonstrasi kemahiran peserta. (Rehat: 10.30 a.m. ke 11.00 a.m.,
12.45 p.m. ke 2.15 p.m). Jamuan ringan disediakan bagi semua peserta pada
10.30 a.m. dan 4.30 p.m., dan jamuan tengah hari, juga untuk semua peserta,
pada 12.45 tengah hari.
|